Wednesday, December 27, 2006

Cucur cendawan
Hah! Pelik tak bila dengar cendawan pun boleh digoreng seperti pisang goreng. Tak pelik kan! Mesti semua nak tahu apa rasanya cendawan ni bila dah digoreng. Rasanya tak ubah macam udang. Ada class gitu. Tak percaya? Saya sendiri dah cuba. Tapi cendawan yang digoreng bukannya jenis cendawan yang kita dapat di busut dan pokok getah tu. Cendawan tiram sahaja yang sedap digoreng. Apa? Nak cuba jugak cendawan busut? Hah, lantak kaulah Senah. Pastikan cendawan yang dimakan tidak beracun. Jadi, cara terbaik ialah beli sahaja cendawan kat pasaraya, gitu.

Baiklah tuan-puan, bahan-bahannya ialah sebungkus cendawan tiram (kalau tamak nak banyak, boleh jugak 5 bungkus, hekhek). Selepas itu, basuh sikit cendawan untuk membuang kotoran. Jangan rendam cendawan bagi mengelakkannya menjadi lembik (bilas sikit-sikit sudahlah). Cendawan juga tidak perlu dipotong-potong, biarkan sahaja sekeping-sekeping kerana lagi syiok dimakan begitu saja (macam iklan Gardenia gitu).

Sebelum menggoreng, pastikan tuan-puan masukkan sedikit minyak panas ke dalam tepung seperti membuat karipap garing yang saya beritahu dulu. Kemudian celup cendawan dalam tepung (tak payah uli ye, buat bancuhan tepung macam goreng pisang). Goreng cendawan macam biasa dalam minyak yang panas. Angkat bila cendawan sudah kekuningan. Seterusnya, anda boleh makan cucur cendawan panas dengan sos cili yang dibuat sendiri ataupun beli. Selamat mencuba! :O)

Sunday, December 17, 2006

Cara Lembutkan Sotong Kembang
Aslm dan salam sejahtera semua!
Saya kembali lagi di persada blog ini dengan satu lagi petua hebat yang memang telah terbukti berkesan! Eh, kejap!Kejap! Mana resipi karipap pusing lawa saya? Takde siapa nampaknya nak berkongsi rahsia dengan saya. Takpelah, saya tak kisah. Sebenarnya, tak rugi kita berkongsi ilmu ni tuan-puan. Hah! Ape? Besok? Oklah, saya tak sabar nak belajar dengan tuan-puan pulak. Janji, eh! Celet sket! :o)

Baiklah,sebelum saya berikan petua ni, saya ingin berkongsi satu pengalaman yang tak mungkin saya lupakan…(macam best kunun)…Semuanya bermula di TESCO Melaka. Semasa saya berjalan-jalan mencari botol kicap, saya terdengar satu suara …(ni nak citer masak-masak ke alam mistri ni). Saya citer lain kali lah ye.

Sebelum ni pernah tak anda masak sotong yang besar,liat dan warna coklat tu? Saya pun tak tahu nama sebenar sotong ni, tapi kalau tak tahu cara masaknya, silap haribulan boleh jadi getah lantun! Mak saya kata nama sotong ni, sotong kembang (tak tahulah betul atau tidak, ni dia sendiri bagi nama.)

(Sila lihat gambar, nampak tak kepala sotong tu...Tula sotong kembangnye.)

Inilah sotong yang saya maksudkan. Selalunya, sotong ni sedap dimasak sambal dan makan dengan nasi lemak panas. Fuhh! Meletup ibu saliva saya. Apa ke bondo saliva ni? (Air liur den yo, makcik.)

Cara nak masak dan melembutkan sotong ni senang je.

Pertama, potong dan bersihkan sotong. Letak sotong tersebut kat tepi dulu.

Kemudian, hangatkan minyak dalam kuali dan tumis semua ramuan nak buat sambal dalam kuali sampai pecah minyak atau garingla.

Selepas itu, masukkan sotong dan kacau sampai garing sedikit je.

Masukkan air atau sedikit santan cair dan kacau. Biar beberapa minit dan pastikan sotong tersebut empuk, barulah masukkan air asam jawa atau asam keping. Tambah sedikit garam dan gula sebagai perisa.

Saya tak gemar makan ajinomoto. Sebenarnya gula lagi efektif menaikkan perisa sesuatu makanan.Tak caya? Cubalah! Tapi jangan letak banyak sangat sampai dapat penyakit kencing manis…Hik!hik!...Kalau untuk kesihatan, madu boleh digunakan menggantikan gula pasir ni. Kalau nak tahu kenapa, saya cerita lain kalilah ye. Dah lari topik pulak ni.

Sebenarnya, asam jawa dan asam keping yang membuatkan sotong kembang menjadi liat dan keras. Oleh itu, kita kena empukkan sotong dahulu dan barulah masukkan salah satu asam ni Jangan masukkan asam boi sudah, nanti sambal sotong kembang jadi asam masin pulak.

Rasa-rasanya semua faham apa yang saya terangkan sebentar tadikan? Kalau tidak faham ataupun nak tambah lagi idea, bolehlah email ataupun menulis di bahagian “comment.” Semua pendapat dan idea anda amatlah saya alu-alukan. Akhirkata, (macam tak jumpa lagi pulak) SELAMAT MENCUBA!

P/S: Ikan pari pun boleh jadi keras dan liat bila anda masukkan asam, awal sebelum ikan. Jadi untuk melembutkannya, pratikkan petua saya sebentar tadi. Bagaimana kalau ikan pari berbau hanyir ataupun bau kencing? Anda boleh perap dan ramas sedikit ikan pari dengan garam dan air limau kasturi atau purut. Insya-Allah, dalam beberapa minit saja, baunya akan hilang dan isinya pun semakin putih dan bersih. Tapi pastikan anda basuh bersih ikan selepas diperap dengan garam dan air limau.

Tuesday, December 12, 2006

Karipap oh karipap!
Aslm dan selamat sejahtera semua.

Moga-moga semuanya sihat dan ceria selalu. Kalau tak ceria pun, buat-buatlah ceria…Hihi. Baiklah, hari ini saya nak berkongsi satu petua dengan anda semua. Petuanya ialah bagaimana menghasilkan karipap yang rangup dari pagi hingga ke petang (1 hari je ek, bukan seminggu.). Senang je, rasanya ramai dah tahu petua ni kan? Tula saya katakan, semua dah takde rahsia-rahsia. Tapi berapa ramai yang dah praktikkan petua ni? Cuba angkat tangan, saya nak tengok. Bagus-bagus, tepuk tangan untuk anda yang selalu suka mencuba.

Rasa-rasanya, saya over tak ni? Giler glamour ala-ala makcik Jenab, gitu. :o)(Jangan layan iklan masyarakat nik.)

Oklah, sebelum anda pergi bancuh tepung, sila panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali yang panas. Lepas minyak tuh dah panas, masukkan minyak panas ni perlahan-lahan (Berapa perlahan?...Janganlah slow bonar plak!) ke dalam tepung yang belum diuli. Lepas tu ulila berapa lama anda nak uli. Kalau rasa-rasa macam dah letih menguli tu, canaikan doh tu isi inti macam biasa. Bila dah selesai, bolehla anda goreng dan makan. Kalau taknak makan, boleh simpan yang mentah tu dalam peti sejuk.

Untuk mengelakkan karipap-karipap mentah anda tu melekat antara satu sama lain, bolehla alas plastik ataupun taburkan tepung kat atas karipap, lepas tu baru boleh tindih karipap-karipap yang lain.

Kalau rasa nak lagi sedap, boleh gantikan minyak masak dengan marjerin yang dah dicairkan. Macam tula alkisahnya. Kalau anda ade petua atau resipi masakan yang lain bolehla hantarkan pada saya di
idazmy@yahoo.com Tima kasih yer kerana sudi singgah di blog yang tak seberapa ni.


Pssstt!: Ada tak sesiapa disinun yang boleh ajar saya macam mana nak buat karipap pusing yang lawa?

AMARAN: Hati-hatilah dengan minyak panas. Utamakan keselamatan semasa bekerja.Semoga berbahagia ke anak cucu!:o)

Friday, December 01, 2006

Good Morning Everyone!