Wednesday, December 27, 2006

Cucur cendawan
Hah! Pelik tak bila dengar cendawan pun boleh digoreng seperti pisang goreng. Tak pelik kan! Mesti semua nak tahu apa rasanya cendawan ni bila dah digoreng. Rasanya tak ubah macam udang. Ada class gitu. Tak percaya? Saya sendiri dah cuba. Tapi cendawan yang digoreng bukannya jenis cendawan yang kita dapat di busut dan pokok getah tu. Cendawan tiram sahaja yang sedap digoreng. Apa? Nak cuba jugak cendawan busut? Hah, lantak kaulah Senah. Pastikan cendawan yang dimakan tidak beracun. Jadi, cara terbaik ialah beli sahaja cendawan kat pasaraya, gitu.

Baiklah tuan-puan, bahan-bahannya ialah sebungkus cendawan tiram (kalau tamak nak banyak, boleh jugak 5 bungkus, hekhek). Selepas itu, basuh sikit cendawan untuk membuang kotoran. Jangan rendam cendawan bagi mengelakkannya menjadi lembik (bilas sikit-sikit sudahlah). Cendawan juga tidak perlu dipotong-potong, biarkan sahaja sekeping-sekeping kerana lagi syiok dimakan begitu saja (macam iklan Gardenia gitu).

Sebelum menggoreng, pastikan tuan-puan masukkan sedikit minyak panas ke dalam tepung seperti membuat karipap garing yang saya beritahu dulu. Kemudian celup cendawan dalam tepung (tak payah uli ye, buat bancuhan tepung macam goreng pisang). Goreng cendawan macam biasa dalam minyak yang panas. Angkat bila cendawan sudah kekuningan. Seterusnya, anda boleh makan cucur cendawan panas dengan sos cili yang dibuat sendiri ataupun beli. Selamat mencuba! :O)